Powered by Blogger.
RSS

Unit 3: Perlindungan (Ciri-Ciri Khas Haiwan) -Nota ringkas


Pengajaran 1: Perlindungan Daripada Bahaya

Objektif Pembelajaran:
3.1 Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri-ciri dan tabiat khas untuk melindungi diri daripada musuh

Hasil Pembelajaran      :
 Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1.   Menentukan ciri-ciri khas yang melindungi haiwan daripada
 musuh.
2.  Menghuraikan bagaimana ciri-ciri tersebut dapat membantu haiwan melindungi diri mereka daripada musuh.


Haiwan perlu melindungi diri daripada ancaman bahaya dan musuh seperti manusia, dan haiwan-haiwan lain supaya mereka dapat meneruskan hidup. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri khas yang dapat membantu mereka melindungi diri daripada ancaman musuh.

Ciri-ciri khas
Contoh haiwan
1.   cengkerang keras
a) badan ditutupi dengan cengkerang keras.
-contoh:ketam

b) menarik kepala, kaki atau seluruh      badan ke dalam cengkerang.
-contoh:siput. kura-kura

2.  kulit tebal
a) mempunyai kulit yang tebal
   -kurang mempunyai luka yang serius 
     apabila digigit oleh musuh.
   -contoh:badak sumbu, gajah
3.  sisik kering dan keras
 a) badan ditutupi dengan sisik kering dan keras.
   -contoh:buaya, tenggiling

4.  tanduk
 a) menggunakan tanduk untuk menyerang atau mencederakan musuh
    -contoh:kambing jantan, rusa jantan, 
                lembu jantan, badak sumbu
5.  duri
mempunyai duri di bahagian badan untuk mencederakan musuh yang menghampiri

a) menaikkan duri yang tajam dan keras 
sebagai amaran apabila musuh menghampiri
   -contoh:landak

b) mengembungkan badan dengan meminum banyak air supaya dapat menaikkan duri yang tajam di badan.
    -contoh:ikan buntal
6.  kuku cengkam
 a) mempunyai kuku cengkam yang tajam
     -contoh:burung helang, harimau, singa,  kucing
7.  bentuk badan atau warna yang
menyamai keadaan sekeliling
mempunyai   bentuk badan atau warna
yang menyamai keadaan sekeliling 
untuk bersembunyi atau membuat 
penyamaran

a) badan yang panjang dan kurus seperti 
ranting
   -contoh:mentadak

b)badan berwarna hijau seperti daun
   -contoh: serangga daun

c)mempunyai belang berwarna hitam   dan
 putih supaya menyukarkan musuh melihat dari jarak jauh.
    -contoh:kuda belang
8.  penglihatan dan
pendengaran yang tajam
-membantu mengesan musuh dengan cepat

a) mempunyai   penglihatan yang tajam 
    -contoh: burung helang

b)mempunyai   pendengaran  yang tajam
    -contoh: arnab

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 maklum balas: