Powered by Blogger.
RSS

Unit 3: Perlindungan (Ciri-Ciri Khas Haiwan) -Nota ringkas


Pengajaran 1: Perlindungan Daripada Bahaya

Objektif Pembelajaran:
3.1 Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri-ciri dan tabiat khas untuk melindungi diri daripada musuh

Hasil Pembelajaran      :
 Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1.   Menentukan ciri-ciri khas yang melindungi haiwan daripada
 musuh.
2.  Menghuraikan bagaimana ciri-ciri tersebut dapat membantu haiwan melindungi diri mereka daripada musuh.


Haiwan perlu melindungi diri daripada ancaman bahaya dan musuh seperti manusia, dan haiwan-haiwan lain supaya mereka dapat meneruskan hidup. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri khas yang dapat membantu mereka melindungi diri daripada ancaman musuh.

Ciri-ciri khas
Contoh haiwan
1.   cengkerang keras
a) badan ditutupi dengan cengkerang keras.
-contoh:ketam

b) menarik kepala, kaki atau seluruh      badan ke dalam cengkerang.
-contoh:siput. kura-kura

2.  kulit tebal
a) mempunyai kulit yang tebal
   -kurang mempunyai luka yang serius 
     apabila digigit oleh musuh.
   -contoh:badak sumbu, gajah
3.  sisik kering dan keras
 a) badan ditutupi dengan sisik kering dan keras.
   -contoh:buaya, tenggiling

4.  tanduk
 a) menggunakan tanduk untuk menyerang atau mencederakan musuh
    -contoh:kambing jantan, rusa jantan, 
                lembu jantan, badak sumbu
5.  duri
mempunyai duri di bahagian badan untuk mencederakan musuh yang menghampiri

a) menaikkan duri yang tajam dan keras 
sebagai amaran apabila musuh menghampiri
   -contoh:landak

b) mengembungkan badan dengan meminum banyak air supaya dapat menaikkan duri yang tajam di badan.
    -contoh:ikan buntal
6.  kuku cengkam
 a) mempunyai kuku cengkam yang tajam
     -contoh:burung helang, harimau, singa,  kucing
7.  bentuk badan atau warna yang
menyamai keadaan sekeliling
mempunyai   bentuk badan atau warna
yang menyamai keadaan sekeliling 
untuk bersembunyi atau membuat 
penyamaran

a) badan yang panjang dan kurus seperti 
ranting
   -contoh:mentadak

b)badan berwarna hijau seperti daun
   -contoh: serangga daun

c)mempunyai belang berwarna hitam   dan
 putih supaya menyukarkan musuh melihat dari jarak jauh.
    -contoh:kuda belang
8.  penglihatan dan
pendengaran yang tajam
-membantu mengesan musuh dengan cepat

a) mempunyai   penglihatan yang tajam 
    -contoh: burung helang

b)mempunyai   pendengaran  yang tajam
    -contoh: arnab

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Unit 3: Perlindungan (Ciri-Ciri Khas Haiwan)


Pengajaran 1: Perlindungan Daripada Bahaya

Objektif Pembelajaran:
 3.1 Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri-ciri dan tabiat khas untuk melindungi diri daripada musuh

Hasil Pembelajaran      :
Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1.   Menentukan ciri-ciri khas yang melindungi haiwan daripada musuh.
2.  Menghuraikan bagaimana ciri-ciri tersebut dapat membantu haiwan melindungi diri mereka daripada musuh.




Haiwan perlu melindungi diri daripada ancaman bahaya dan musuh seperti manusia, dan haiwan-haiwan lain supaya mereka dapat meneruskan hidup. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri khas  yang dapat membantu mereka melindungi diri daripada ancaman musuh.

Ketam mempunyai badan ditutupi dengan cengkerang keras untuk membantu melindungi diri daripada ancaman musuh. 

ketam
Selain itu, siput dan kura-kura pula menarik kepala, kaki atau seluruh badan ke dalam cengkerang semasa musuh menghampiri.


siput
kura-kura

Badak sumbu dan gajah pula mempunyai kulit yang tebal. Apabila digigit oleh musuh, mereka kurang mempunyai luka yang serius.

badak sumbu

Manakala badan buaya dan tenggiling ditutupi dengan sisik kering dan keras untuk menahan serangan daripada musuh.



buaya
tenggiling
               Kambing jantan, rusa jantan, lembu jantan, dan badak sumbu mempunyai tanduk yang tajam.
 Mereka menggunakan tanduk untuk menyerang atau mencederakan musuh.



                                  
kijang jantan
kambing jantan


                  






lembu

Sesetengah haiwan mempunyai duri di bahagian badan untuk 
mencederakan musuh yang menghampiri. Sebagai contoh, landak
menaikkan duri yang tajam dan keras sebagai amaran apabila 
musuh menghampiri. Ikan buntal pula,mengembungkan badan 
dengan meminum banyak air supaya dapat menaikkan duri yang 
tajam di badan.



            
ikan buntal
landak


     Haiwan yang mempunyai kuku cengkam yang tajam untuk melindungi diri daripada musuh
 ialah burung helang, harimau, singa dan kucing.
 .

                                          
singa
burung helang













kucing

            Ciri khas haiwan yang lain ialah mempunyai   bentuk badan atau 
warna yang menyamai keadaan sekeliling untuk bersembunyi atau 
membuat penyamaran. Misalnya, mentadak mempunyai badan yang 
panjang dan kurus seperti ranting. Serangga daun pula mempunyai badan 
berwarna hijau seperti daun. Selain itu, kuda belang mempunyai belang
berwarna hitam dan putih supaya menyukarkan musuh melihat dari jarak 
jauh. 

                  
mentadak
serangga daun





      
          Akhir sekali ialah ada juga haiwan yang mempunyai  penglihatan 
dan pendengaran yang tajam untuk membantu mengesan musuh 
dengan cepat. Sebagai contoh burung helang mempunyai penglihatan 
yang tajam manakala arnab mempunyai pendengaran yang tajam.

arnab


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS