Pengajaran 1: Perlindungan Daripada Bahaya
Objektif Pembelajaran:
3.1 Memahami bahawa haiwan mempunyai
ciri-ciri dan tabiat khas untuk melindungi diri daripada musuh
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menentukan ciri-ciri khas yang melindungi haiwan
daripada musuh.
2. Menghuraikan bagaimana ciri-ciri tersebut dapat membantu
haiwan melindungi diri mereka daripada musuh.
Haiwan perlu melindungi diri daripada ancaman bahaya dan musuh seperti
manusia, dan haiwan-haiwan lain supaya mereka dapat meneruskan hidup. Oleh itu,
haiwan mempunyai ciri-ciri khas yang dapat membantu mereka melindungi
diri daripada ancaman musuh.
Ketam mempunyai badan
ditutupi dengan cengkerang
keras untuk membantu melindungi diri daripada ancaman musuh.
|
ketam |
Selain itu, siput dan kura-kura pula menarik kepala, kaki atau seluruh
badan ke dalam cengkerang semasa musuh menghampiri.
|
siput |
|
kura-kura |
Badak sumbu dan gajah pula mempunyai kulit yang tebal. Apabila digigit
oleh musuh, mereka kurang mempunyai luka yang serius.
|
badak sumbu |
Manakala badan buaya dan tenggiling ditutupi dengan sisik kering
dan keras untuk menahan serangan daripada musuh.
|
buaya |
|
tenggiling |
Kambing jantan, rusa jantan, lembu jantan, dan badak sumbu
mempunyai tanduk yang tajam.
Mereka menggunakan tanduk untuk menyerang atau
mencederakan musuh.
|
kijang jantan |
|
kambing jantan |
|
lembu |
Sesetengah haiwan mempunyai duri di bahagian badan
untuk
mencederakan musuh yang menghampiri. Sebagai contoh, landak
menaikkan duri yang
tajam dan keras sebagai amaran apabila
musuh menghampiri. Ikan buntal pula,mengembungkan badan
dengan meminum banyak air supaya dapat menaikkan duri yang
tajam
di badan.
|
ikan buntal |
|
landak |
Haiwan yang mempunyai kuku cengkam yang tajam untuk
melindungi diri daripada musuh
ialah burung helang, harimau, singa dan kucing.
.
|
singa |
|
burung helang |
|
kucing |
Ciri khas haiwan yang
lain ialah mempunyai bentuk badan atau
warna yang menyamai keadaan sekeliling untuk bersembunyi atau
membuat penyamaran. Misalnya, mentadak mempunyai
badan yang
panjang dan kurus seperti ranting. Serangga daun pula mempunyai badan
berwarna hijau seperti daun. Selain itu, kuda belang mempunyai
belang
berwarna hitam
dan putih supaya menyukarkan musuh melihat dari jarak
jauh.
|
mentadak |
|
serangga daun |
Akhir sekali ialah ada juga haiwan yang mempunyai penglihatan
dan
pendengaran yang tajam untuk membantu mengesan musuh
dengan cepat.
Sebagai contoh burung helang mempunyai penglihatan
yang tajam manakala
arnab mempunyai pendengaran yang tajam.
|
arnab |