Pengajaran 1: Perlindungan Daripada Bahaya
Objektif Pembelajaran:
3.1 Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri-ciri dan tabiat khas untuk melindungi diri daripada musuh
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menentukan ciri-ciri khas yang melindungi haiwan daripada
musuh.
2. Menghuraikan bagaimana ciri-ciri tersebut dapat membantu haiwan melindungi diri mereka daripada musuh.
Haiwan perlu melindungi diri daripada ancaman bahaya dan musuh seperti manusia, dan haiwan-haiwan lain supaya mereka dapat meneruskan hidup. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri khas yang dapat membantu mereka melindungi diri daripada ancaman musuh.
Ciri-ciri khas
|
Contoh haiwan
|
1. cengkerang keras
|
a) badan ditutupi dengan cengkerang keras.
-contoh:ketam
b) menarik kepala, kaki atau seluruh badan ke dalam cengkerang.
-contoh:siput. kura-kura
|
2. kulit tebal
|
a) mempunyai kulit yang tebal
-kurang mempunyai luka yang serius
apabila digigit oleh musuh.
-contoh:badak sumbu, gajah
|
3. sisik kering dan keras
|
a) badan ditutupi dengan sisik kering dan keras.
-contoh:buaya, tenggiling
|
4. tanduk
|
a) menggunakan tanduk untuk menyerang atau mencederakan musuh
-contoh:kambing jantan, rusa jantan,
lembu jantan, badak sumbu
|
5. duri
|
mempunyai duri di bahagian badan untuk mencederakan musuh yang menghampiri
a) menaikkan duri yang tajam dan keras
sebagai amaran apabila musuh menghampiri
-contoh:landak
b) mengembungkan badan dengan meminum banyak air supaya dapat menaikkan duri yang tajam di badan.
-contoh:ikan buntal
|
6. kuku cengkam
|
a) mempunyai kuku cengkam yang tajam
-contoh:burung helang, harimau, singa, kucing
|
7. bentuk badan atau warna yang
menyamai keadaan sekeliling
|
mempunyai bentuk badan atau warna
yang menyamai keadaan sekeliling
untuk bersembunyi atau membuat
penyamaran
a) badan yang panjang dan kurus seperti
ranting
-contoh:mentadak
b)badan berwarna hijau seperti daun
-contoh: serangga daun
c)mempunyai belang berwarna hitam dan
putih supaya menyukarkan musuh melihat dari jarak jauh.
-contoh:kuda belang
|
8. penglihatan dan
pendengaran yang tajam
|
-membantu mengesan musuh dengan cepat
a) mempunyai penglihatan yang tajam
-contoh: burung helang
b)mempunyai pendengaran yang tajam
-contoh: arnab
|